leka hadap komputer, aku teringat peristiwa bersama anak buah ku. so, ia membawa aku untuk mencoret kisah ini.waktu itu aku khusyuk menyanyi di dalam bilik mandi. hehehehe...itulah tabiat aku yang tak dapat dielakkan...asal jejak kaki di bilik mandi pasti mulut aku secara automatik akan menyanyi...xkira lah apa lagu yang terlintas dibenak kepala aku yang agak sewel ini. pada petang itu aku dengan senang hati aku melangkah masuk kebilik air sambil menyanyi2. almaklumlah, tak dapat jadi penyanyi sebenar, jd penyanyi dlm toilet pn jdlah...hehehehehe....waktu tgh kusyuk2 aku sambil syampu rambut aku menyanyilah sebuah lagi dari ALYAH- tak mungkin kerna sayang. tgh khusyuk2 nyanyi tiba2 anak buah aku ketuk pintu bilik mandi aku.
"uda...uda." kata anak buahku sambil terus mengetuk pintu bilik air. aku menjawab panggilannya sambil bertanya apa yang dia mahu. lalu dia berkata...
"uda jangan "lagu" dalam toilet." katanya. aku faham maksud "jangan lagu" iaitu jangan menyanyi, almaklumlah budak baru umo 4 tahun. ayat lintang pukang. aku pun bertanyalah pada anak buah aku nape aku xleh nyanyi dalam toilet sambil tangan aku terus menggosok syampu dikepala. lalu dia menjawab...
"jangan lagu dalam toilet. suara uda tak sedap. tak beshhh." adehhhh tersentap aku dengan kenyataan anak buah aku yang sorang ni. aku terdiam sejenak sambil memandang muka aku dicermin. budak2 ni mmg suka cakap jujur...aku terimalah kenyataan itu degan redha walaupun aku mmg telah lama sedar ttg suaraku yang xbrapa nak beshh bila nyanyi...nggehhh3... start dari ari 2 aku dah xberani nak nyanyi ngan kuat lagi...takut anak buah aku tu datang bg kritikkan lg...warrgghh3...malu nye aku!!!!!!
No comments:
Post a Comment