
kususuri perjalanan ini,
yang masih panjang dan berliku,
kiri dan kanan penuh onak dan duri,
dihadapannya terserlah seribu ranjau,
dibelakangnya....
tak mungkin untuk aku berpaling lagi,
kerana kehidupan ini harus diteruskan,
walau sebisa manapun tusukan duri,
walau sebesar manapun onaknya,
namun...sudah pasti kurempuh jua,
tiada apa yang dapat menghalang,
langkahku harus dipanjangkan,
perlu dilebarkan seperti sayap sang burung,
terokai dunia yang mencabar ini....
5 dec 2009
12.25a.m
No comments:
Post a Comment